IQNA

Kritikan Khatib Jumaat Najaf Terhadap Pengaruh Wahabi Di Al-Azhar Untuk Berhadapan Dengan Perkembangan Syiah

0:48 - May 26, 2013
Berita ID: 2538534
Kumpulan Antarabangsa: Hujjatul Islam dan muslimin Syed Sadruddin Qabanchi, 24 Mei telah mengkritik pengaruh wahabi di Al-azhar untuk berhadapan dengan perkembangan Syiah.
Dilaporkan dari berita “brasa”, khatib jumaaat Najaf memberi amaran tentang bahaya perang mazhab yang wujud di kalangan masyarakat Islam, dan beliau mengkritik penghantara-penghantaran muballigh oleh sebahagian salafi di Al-Azhar untuk berhadapan dengan perkembangan syiah di Mesir.
Beliau menambah bahawa di Iraq juga dapat dirasai perpecahan yang tidak pernah berlaku selama ini, dan perpecahan ini tidak sepatutnya berlelusasa kerana ianya tidak menguntungkan masyarakat Islam sunni dan syiah.
Beliau menggesa para pembesar dan cendiakawan pelbagai kaum Iraq supaya bersatu dan mendengar nasihat para marjak yang merupakan pewaris-pewaris para nabi.
captcha